Pages

Friday, 18 October 2013

Nasi Tomato Simple

Assalamualaikum...

Sarapan apa pagi tadi? Hmm...anak-anakku minum milo je sementara tunggu maknya masak.

Sejak disahkan pregnant yg ke-3 ni...xbole tgk nasi putih, mula la xsedap badan rasa loya semacam je.
Hari ni bangun pagi terfikir nak makan nasi merah aka nasi tomato. Tapi bahan plak xcukup jadi aku modified ikut suka la.

Resepinya macam ni

3 cup beras (cuci dan ketepi)
2 bj tomato
Halia
1/2 bj bawang besar
2 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tomato
1 cup susu sejat
Air rebusan ayam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Garam
Sedikit pati ayam

1. Kisar tomato,bawang & halia. Kemudian tumis bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik minyak. Masukkan sos tomato.

2. Masukkan susu & air rebusan ayam dlm 2 cup. Anggaran je jgn sampai terlebih air nanti nasi lembik.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam. Masukkan beras.

4. Masak dlm rice cooler.

Kemudian bole la dihidang bersama ayam masak merah & jelatah

No comments:

Post a Comment